Lost world of Tambun adalah taman tema terbesar di utara semenanjung Malaysia yang terletak di daerah Tambun, berhampiran Bandaraya Ipoh, Perak. Ia mempunyai banyak aktiviti dan permainan menarik yang menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Bagi pengunjung yang belum pernah kesana dan berminat untuk bercuti bersama keluarga, disini kami sediakan sedikit maklumat untuk anda.

Lost World of Tambun logo.

Lokasi

Terletak di Tambun, Ipoh, Perak.

Lost world of Tambun.

Harga tiket dan waktu operasi

Harga tiket masuk bagi dewasa, kanak-kanak dan warga emas. Harga berbeza mengikut waktu-waktu tertentu seperti musim percutian dan promosi.

  • Harga tiket dewasa - RM56.
  • Kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah dan lebih 90cm tinggi - RM49.
  • Harga tiket Warga Emas - RM49.
  • Kanak-kanak bawah 90cm tinggi - percuma.

Tiket adalah termasuk tempat dan aktiviti berikut:

  • Lost World Amusement Park.
  • Lost World Water Park.
  • Lost World Tiger Valley.
  • Lost World Petting Zoo.
  • Lost World Tin Valley.
  • Lost World Hot Springs & Spa.
  • Lost World Lupe’s Adventure.

Jungle Wave Pool di Lost world of Tambun.

Keterangan gambar: Kolam ombak yang terdapat di Lost World of Tambun.

Waktu operasi

  • Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat - 11 am hingga 6 pm.
  • Sabtu, Ahad, cuti sekolah, cuti umum - 10 am hingga 6 pm.
  • Ditutup setiap hari Selasa kecuali cuti sekolah dan cuti umum.

Swan Lake di Lost World of Tambun.

Keterangan gambar: Swan Lake di Lost World of Tambun di mana anda boleh memberi makan ikan-ikan yang banyak didalam tasik.

Aktiviti menarik di Lost World of Tambun

Terdapat tiga jenis aktiviti yang disediakan untuk pengunjung di taman tema ini. Berikut ialah senarai aktiviti yang ada di Lost World of Tambun:

Water park

Water Park menawarkan berbagai aktiviti menarik buat pengunjung Lost World of Tambun. Baik dewasa mahupun kanak-kanak, anda pasti seronok mencuba permainan taman tema air yang disediakan.

  • Sandy bay- Pantai berpasir membuatkan anda seolah-olah berada ditepi laut.
  • Jungle wave pool - Kolam yang sangat besar dengan ombak tinggi membuatkan anda merasa seperti mandi laut.
  • Adventure river - Sungai yang mengelilingi water park. Anda boleh menaiki pelampung mengairi sungai ini.
  • Tube riders - Meluncur didalam tiub yang berbengkang-bengkok dari aras tinggi ke kolam.
  • Cliff racer - Meluncur diatas papan gelongsor kedalam kolam.
  • Kids exploraby - Zon untuk kanak-kanak. Berbagai aktiviti air menarik yang sesuai dengan kanak-kanak.

Tube riders di Lost World of Tambun.

Keterangan gambar: Permainan air Tube riders yang terdapat di Water Park ini sentiasa menjadi tumpuan pengunjung.

Amusement park

Setelah habis mencuba permainan air di Water Park, anda boleh ke Amusement Park pula. Ia berada didalam kawasan Lost World of Tambun juga. Anda pasti tertarik dengan permainan yang disediakan.

  • Lupe s adventure - Ia adalah roller coaster yang meluncuri landasan berliku, membelok dan menjunam laju membuatkan pengunjung menjerit teruja.
  • Storm rider - Rasai perasaan teruja menaiki sebuah kapal besar yang berayun tinggi hingga 180 darjah. Anda boleh duduk di bahagian hujung kapal untuk merasa ayunan yang lebih tinggi.
  • Dragon flight - Naiki buaian yang berpusing 360 darjah. Ia mula berpusing perlahan dan semakin laju membuatkan anda terbuai tinggi di udara.
  • Adventure express - Keretapi yang membawa pengunjung melalui tempat-tempat menarik mengelilingi taman tema Lost World of Tambun.
  • Giddy Galleon - Permainan berupa bot terapung yang bergerak keliling sesuai untuk kanak-kanak.
  • Perak Parade - Keretapi permainan yang bergerak keliling untuk kanak-kanak.

Storm rider adalah sebuah kapal yang berayun di Lost World of Tambun.

Keterangan gambar: Storm rider turut menjadi tumpuan di Amusement Park. Ia adalah sebuah kapal yang berayun tinggi ibarat kapal ditengah lautan.

Ad Deeni Travel Sdn Bhd

12A & B, Lorong Elmina 3
Sungai Buloh Country Resort, 47000 Sungai Buloh, Selangor

+60113-574 2769

Mon to Fri 9am to 6 pm

travel@addeeni.com

Send us your query anytime!