THAILAND CITY TOUR

Alamilah kepelbagaian jenis percutian di Thailand. 

Tahukah anda, negara jiran kita ada pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. Meskipun kedudukan geografi mereka berhampiran dengan Malaysia namun persekitaran dan pengalaman yang diberikan jauh berbeza.

Jika anda seorang yang menikmati pelancongan dalam bandar, Bangkok merupakan destinasi yang sesuai. Bangkok merupakan ibu negara dan kota mencerminkan budaya bagi masyarakat Thailand. Terdapat banyak kuil kerana negara Thailand memiliki pengaruh agama Buddha yang kuat. Oleh itu, tidak hairanlah jika terlihat kuil di mana-mana sahaja. Kuil itu juga menyimpan sejarah yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka sekali gus memantulkan budaya dan cara hidup yang dilalui oleh masyarakat setempat di sana. Bangkok juga merupakan pusat membeli-belah kerana terdapat banyak tempat yang boleh anda kunjungi untuk memborong seperti pasar raya, pasar malam, pasar terapung dan pelbagai lagi. 

Bagi penggemar laut, Krabi dan Phuket menjanjikan pengalaman yang terbaik dan menyegarkan. Keindahan pantai disertai dengan kejernihan laut pasti memukau jiwa para pelancong. Anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lasak dan menarik sepanjang berada di pantai-pantai tersebut seperti snorkelling, scuba diving atau berehat sahaja di tepi pantai sambil menikmati bayu-bayu laut dan pemandangan lautan yang luas dan cantik. 

Chiang Mai dan Chiang Rai terletak di kawasan pergunungan yang membenarkan yang melalui sendiri suasana kedamaian dan menghirup udara yang segar. Anda juga boleh mengunjungi kampung-kampung yang menghasilkan seni kraftangan yang unik dan murah. Malah, di sini anda boleh juga melawat elephant camp, suatu tempat yang membenarkan anda melihat dan berinteraksi dengan gajah. Rebutlah peluang untuk bersatu dengan alam semula jadi. Hubungilah kami dengan segera untuk merasai pengalaman percutian yang lancar dan menakjubkan.
Ad Deeni Travel Sdn Bhd

12A & B, Lorong Elmina 3
Sungai Buloh Country Resort, 47000 Sungai Buloh, Selangor

+60113-574 2769

Mon to Fri 9am to 6 pm

travel@addeeni.com

Send us your query anytime!